Sekiranya anda mencari pendapatan yang sah tanpa melanggar undang-undang negara, inilah dia salah satu kunci bagi anda mendapatkan pendapatan sampingan melalui internet. Dengan pendapatan ini anda mungkin dapat menyara bil-bil bulanan anda dan mempunyai wang saku yang lebih. Menjawab soalan-soalan sahaja boleh menambahkan pendapatan anda mungkin satu perkara yang dapat menggembirakan anda.
Untuk pengetahuan, di sini anda boleh mendapatkan pendapatan dengan skala yang agak besar sebenarnya. Dan yang menyenangkan, anda boleh menjana wang di masa yang terluang. Bila-bila masa sahaja dan anda hanya memerlukan beberapa minit atau jam sahaja untuk mula menjana wang.
Ia amat mudah. Apa yang perlu anda lakukan adalah mendaftar dengan syarikat survey yang betul. Apa yang perlu anda lakukan adalah memeriksa akaun emali anda setiap hari dan membuat pilihan jawapan yang terbaik (surveys) dan anda akan mula menjana pendapatan setiap kali anda mengisi tempat kosong. Mudah kan?
Mahu mulakan sekarang? Kunjungi laman web seperti Surversavy, focuslinesurveys dan bermacam-macam lagi. Antara yang popular adalah ExpressPaidSurveys. Jika anda ingin tahu dari mana anda mendapat wang tersebut, di sini saya ceritakan serba ringkas mengenainya.
Terdapat beberapa syarikat-syarikat yang besar termasuk syarikat antarabangsa agak terdesak ingin tahu kehendak pengguna. Mereka sanggup membayar wang yang banyak untuk mendapatkan maklumat kajian pengguna di pasaran bagi melariskan barangan atau produk keluaran mereka. Contohnya syarikat Brand Institute ingin menjalan kajian berkaitan dengan ubat-ubatan di pasaran.
Akan tetapi, mereka masih mempunyai masalah yaitu bagaimana mereka hendak mendapatkan anda untuk membuat kajian (survey)? Ia tidaklah begitu mudah disebabkan mereka terpaksa melantik sesebuah syarikat untuk membantu mereka mencari pengguna yang boleh memberikan kajian berkaitan dengan produk mereka dan kehendak pengguna di masa hadapan. Mereka juga ingin tahu apakah yang akan membuatkan pengguna akan membeli produk mereka. Dan sekiranya anda mendaftar, anda akan menjadi antara pengguna yang dapat memberikan pendapat mengenai pasaran produk mereka.
Amat mudah dan hebat kan? Selain daripada itu, anda berkemungkinan akan dapat bermain video games yang belum dipasarkan lagi. Dan anda juga mungkin akan dapat menonton trailers untuk filem atau movie yang belum habis difilemkan lagi. Dan yang paling hebat, anda mendapat bayaran daripada usaha anda.
Itulah sebabnya anda dibayar untuk membuat kajian (online surveys) oleh syarikat-syarikat yang mahukan kajian anda dalam tempoh yang singkat dan mudah. Ini adalah antara salah satu cara sesebuah syarikat mendapatkan kajian untuk bayaran yang murah jika dibandingkan dengan berbagai-bagai cara lain yang memerlukan kos yang tinggi. Dan untuk pengetahuan anda, dengan kajian daripada orang ramailah yang membuatkan sesetengah syarikat bertahan hingga ke hari ini.
Dengan penerangan yang diberi, pihak kami mengharapkan anda berpuashati dan tidak hairan lagi dengan wang yang anda dapat hasil daripada kajian yang diberi (online surveys). Apa yang anda perlu lakukan adalah memberikan pandangan yang benar dengan klik pada butang pilihan yang diberi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.