Membangunkan Blog


Pada masa kini, semakin ramai perniagaan telah direalisasikan melalui "web/blog". Dengan berbekalkan modal yang begitu rendah untuk memulakannya, anda dapat membina web/blog yang menarik dan mempunyai pembaca yang setia apabila anda tahu bagaimana hendak menjadikan web/blog anda menarik dan berinformasi disamping menjana pendapatan dari hari ke hari.



Terdapat beberapa cara bagaimana untuk membangunkan web/blog anda. Tetapi di sini kami akan menerangkan menggunakan blog kerana ia merupakan antara yang popular masakini bagi memulakan perniagaan secara talian terus (online).

Anda boleh menggunakan WordPress, Blogger atau laman lain yang menyediakan hosting percuma untuk anda. Anda juga dapat membangunkan blog anda sendiri menggunakan domain anda sendiri sekiranya ada. Sekiranya anda serius di dalam menjana pendapatan melalui blogging, anda harus memastikan blog anda sentiasa mempunyai maklumat yang terkini bagi memastikan pengguna sentiasa bersama anda.

Sekiranya anda ingin mempunyai nama domain (alamat web) dan kawalan penuh ke atas hosting (perumah) laman blog anda sendiri, modal permulaan perlulah disediakan. Tetapi untuk permulaan anda boleh bermula dengan menggunakan blogspot secara percuma sebelum anda ke tahap yang lebih kehadapan. Sebelum itu, anda perlu mendaftar dengan akaun gmail untuk anda menggunakan blogspot.


Apabila telah mendaftar dengan gmail, anda bolehlah memulakan langkah untuk membangunkan blog anda menggunakan blogspot.


Anda akan diberi panduan bagaimana untuk membangunkan blog untuk perniagaan atau blog personal anda. Di sini, anda perlulah menggunakan kreativiti anda untuk membangunkan blog menggunakan template-template yang telah disediakan untuk blog anda.

Tapi apa yang paling penting di sini ialah tujuan anda membangunkan blog tersebut. Sebelum memulakan langkah sebagai blogger, anda perlu membuat sedikit kajian mengenai tujuan anda membangunkan blog. Ada pengguna yang memulakan langkah membangunkan blog bagi tujuan untuk peribadi, menceritakan perihal keluarga, selebriti kesukaan, perniagaan dan sebagainya bagi menarik minat untuk pengunjung melawati laman blog yang telah dibangunkan.

Jadi sekarang anda perlu memasukkan maklumat dan menulis di dalam "blog posts". Anda juga boleh merujuk blog-blog yang telah dibangunkan bagi memberikan anda ilham untuk menulis di dalam blog anda. Setiap penulisan yang anda masukkan ke dalam "blog posts" perlulah mempunyai maklumat yang berguna untuk dikongsi bersama orang ramai dan membuatkan pembaca terhibur dan timbul minat untuk mengikuti lebih lanjut mengenai blog anda.

Bagi menghebahkan blog yang telah siap anda bangunkan, anda boleh melakukan hebahan melalui chatting, laman sosial dan membina profile anda untuk di kaitkan (link) dengan blog anda bagi memasarkan produk anda atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Bagi menjana pendapatan anda melalui blog, anda bolehlah memulakannya melalui Google Adsense. Ia merupakan antara yang terpenting dan menjadi kegemaran bloggers bagi menjana pendapatan. Anda akan mula menjana pendapatan apabila pengguna melayari dan klik pada menu yang dijana oleh Google Adsense. Apa yang perlu pada masa ini adalah menarik lebih ramai pengguna melayari laman blog anda bagi meningkatkan pendapatan sampingan anda dengan penjualan produk anda.

Apabila blog anda telah stabil, anda juga boleh menawarkan mana-mana laman web yang dapat memberikan anda pendapatan dengan meletakkan iklan-iklan pemasaran produk mereka di blog anda. Anda boleh juga mencuba dengan PayPerPost dan Review Me bagi mencuba dan mendapatkan pengalaman bagi memulakan menjana pendapatan dengan mengiklankan produk anda di internet.


Berikut Antara Contoh Iklan-Iklan Yang Disediakan Secara Percuma Untuk di Iklankan di Web/Blog Yang Dapat Memberikan Komisen Kepada Anda

PayDayOne_Brand_234x60

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.