Sekiranya anda mempunyai laman web (website) atau blog, anda seharusnya mendaftar dengan Google Adsense. Ia adalah salah satu program yang anda boleh 'tampal dan lupakan'. Sekali anda letakkan iklan di laman web atau blog, anda tidak perlu memikirkannya lagi.
Tetapi ada beberapa jalan dan maksud bagi anda meningkatkan pendapatan anda melalui Google Adsense. Setelah anda mendalami pengetahuan melalui Google Adsense, anda telah boleh mula menjana pendapatan dari bulan ke bulan. Ia adalah pendapatan yang sebenarnya di mana kebanyakan pembangun laman web atau blog telah menggunakannya.
Kebanyakan pengguna pernah mendengar mengenai Google Adsense tetapi tidak memahami secara betul bagaimana menggunakannya untuk kelebihan yang terdapat padanya. Jadi kita akan bermula dengan bagaimana untuk menggunakannya dari permulaan sehingga kepada kelebihan yang anda akan perolehi melalui program ini.
Sebagai permulaan sekiranya anda mempunyai laman web atau blog, anda bolehlah mendaftar secara percuma di Google Adsense dan bermula dengan meletakkan konteks iklan (contextual ads) di web/blog anda. Apakah yang dimaksudkan dengan konteks iklan? Ia bermaksud iklan biasa yang akan terpapar di web anda yang releven dengan web/blog anda. Jadi, sekiranya anda berpangkalan di Malaysia, iklan yang dipaparkan juga akan releven dengan pembeli di Malaysia dan sekiranya anda berpangkalan di UK, iklan yang dipaparkan juga akan bersesuaian dengan pembeli dari UK.
Semuanya akan disediakan untuk anda bagi menarik jumlah yang tinggi untuk klik pada web/blog dan iklan anda. Setiap kali seseorang pengguna klik pada iklan, anda akan menerima beberapa sen di dalam akaun Adsense anda. Jadi ia akan menjadikannya lebih menarik dan iklan yang releven untuk pengunjung disamping menjana pendapatan yang lebih untuk anda.
Mari kita lihat paparan iklan anda sekarang yang membuatkan anda mendapat klik yang tinggi dari pengguna. Anda boleh memilih warna dan bingkai iklan anda bagi menjadikannya mengikut skema warna untuk web/blog yang anda mahukan.
Anda juga boleh menghubungkan capaian (link) Affiliate untuk produk ke dalam website/blog anda untuk menambahkan lagi pendapatan sampingan anda. Tetapi pengunjung telah sedia maklum mengenai laman Adsense yang telah sedia ada telah cukup untuk menarik pengunjung klik melalui iklan yang telah disediakan.
Anda juga boleh mengemaskini web/blog secara berjadual dan menarik pengunjung yang sama dengan memasukkan RSS feeds untuk berita yang berkaitan dengan tajuk untuk web/blog anda. Semua yang membolehkan atau menarik pengunjung untuk kembali ke web/blog anda dan memungkinkan klik pada iklan di laman anda adalah berbaloi sekiranya anda mencuba.
Untuk rujukan terakhir anda, pilih tajuk untuk web/blog anda dengan bijak. Anda perlu bijak di dalam menarik pengunjung melalui berita di web/blog anda tetapi apabila berita tersebut tidak lagi berfaedah, begitu juga trafik pengunjung di web/blog anda yang akan turut serta menurun. Apa yang perlu di sini adalah berita atau perkara yang pengunjung sentiasa mahukan seperti menjimatkan wang, mendapatkan kerja yang baik, menjana pendapatan dan lain-lain perkara seperti penjagaan kulit atau untuk temujanji bersama pasangan contohnya.
Jadi, bagi memudahkan anda menjana pendapatan sebagai permulaan adalah melalui Google Adsense yang anda perlu satukan dengan web/blog anda yang sedia ada. Anda mungkin mengakhirinya dengan menjadi Pakar Adsense dan mengaut keuntungan untuk kerja yang mudah. Itu yang terbaik mengenai kelebihan 'tampal dan lupakan' yang sentiasa bekerja walaupun anda tidak berbuat apa-apa.
Sekiranya anda berpuas hati mengenai artikel ini dan mempunyai sebarang pertanyaan atau komen berkaitan dengannya, anda bolehlah meninggalkan komen anda menggunakan bahagian kotak yang disediakan di bawah. Sekiranya anda rasa sudah bersedia, inilah masanya anda mengunjungi laman Google Adsense untuk memulakannya. Selamat Berjaya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.