Affiliate

Apa itu "Affiliate"?
Adakah anda faham apakah yang dikatakan dengan "Affiliate"? Bagi memudahkan pemahaman anda, kita dapatkan 'keyword' untuk Affiliate terlebih dahulu. Affiliate bolehlah kita tafsirkan sebagai seorang promoter @ jurujual yang mempromosikan barangan untuk sesebuah syarikat. Dengan Affiliate, anda boleh menjana pendapatan sampingan tanpa mengeluarkan sesen pun wang saku. Jika berjaya mempromosikan sesuatu barangan tersebut, kita akan diberi upah oleh syarikat yang mengeluarkan produk merujuk promosi yang telah anda buat. 


Selain daripada produk yang anda tawarkan, perkara yang penting bagi menjayakan promosi anda ialah cara atau kaedah yang digunakan untuk mempromosikan produk tersebut. Seperti juga perniagaan di alam nyata, sekiranya anda mempunyai produk yang cukup berkualiti tetapi anda tidak tahu bagaimana hendak mempromosi dan memasarkan produk tersebut, nescaya produk anda akan kurang mendapat sambutan.


Berikut antara contoh Affiliate yang terdapat di internet :

PayDayOne_Brand_234x60

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.