E-Book



Tidak dinafikan lagi bahawa e-book merupakan antara perniagaan internet yang terbesar buat masa kini. Tidak kira apa sahaja yang anda mahukan, pastinya ada seseorang di internet yang menjual e-book berkaitan perkara yang anda mahukan.


Tetapi, bagi menjana pendapatan melalui hasil penjualan e-book, semestinya memerlukan pengetahuan asas mengenai cara-cara bagaimana untuk menghasilkan e-book. 

Janganlah anda mengharapkan dengan sekali sahaja anda akan terus berjaya sebagai salah seorang penjual e-book yang terkemuka di Internet. Banyak juga yang anda perlu pelajari bagi menjadi seorang yang berjaya di dalam penghasilan e-book. Sekiranya anda ingin menjadi yang terbaik, salah satu kunci ialah menghasilkan e-book hasil daripada idea anda sendiri. Tetapi kenapa anda harus menghasilkan e-book sendiri sedangkan banyak affiliate yang dapat anda promosi untuk menjana pendapatan?


Jawapannya adalah mudah. Sekiranya anda menulis dan mencipta e-book anda sendiri, tiada sesiapa akan menghasilkan e-book seakan-akan anda punya. Anda akan mempunyai identiti tersendiri dan produk yang tersendiri yang dapat menarik perhatian memandangkan belum sesiapa pun melihatnya sebelum ini. Sekiranya anda melakukan penyelidikan sebelum menghasilkan sesebuah e-book, semestinya e-book keluaran anda akan dapat menjana pendapatan yang tinggi dengan maklumat yang berguna untuk pembeli.


Antara perkara yang perlu dititikberatkan di sini adalah perkara yang di utamakan di dalam e-book anda. Antara perkara yang menarik minat ramai contohnya sudah semestinya menjana pendapatan melalui internet. Cuba anda membuat carian di dalam google atau yahoo, semestinya terdapat berbagai-bagai e-book seperti mencari wang di internet dan sebagainya yang telah dihasilkan oleh idea-idea penulis.


Berikut antara e-book percuma yang telah disediakan untuk pengguna internet membuat rujukan mengenai internet dan sebagainya :-


  1. Langkah Pertama Untuk Berjaya
  2. Panduan Traffik Laman Web Anda
  3. Pemenang Affiliate 
Kami akan dapatkan lagi untuk anda contoh-contoh e-book yang disediakan secara percuma pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.